Monday 6 August 2012

AYAH?





Bismillahirahmanirahim,  satu hari, aku bersiar2x kat taman permainan sebab tension dengan ayah aku yang tak paham apa aku nak  , aku dengan ayah aku memang x ngam sangat, ye la,  aku hidup kat asrama dah dekat 6 tahun, jarang sanagt sembang dengan ayah aku, pastu ayah aku pulak sibuk je memanjang maklumlah ketua keluarga. So aku hidup dengan dunia sendiri, kalau aku nak makan, aku masak sendiri , kalau aku nak apa2x, aku cari duit sendiri, kalau aku ada problem, aku setel sendiri dan kalau aku nak luah apa2x, aku cari kawan dari parent aku.




Sedang aku mengelamun kat taman 2, tibe2x ada peristiwa yang cukup menyentuh hati aku, seorang ayah berlari mengangkat anaknya yang jatuh dari gelongsor, aku terpana, tengok wajah cemas bapa tersebut. Dengan muka risau dia tepuk baju yang kotor sebab habuk, sedar x sedar, hati aku tersentuh sangat tengok peristiwa 2, seorang ayah yang sangat mengambil berat tentang anaknya, hati ku berdetik, kenapa la ayah aku x macam nie?? kemudian si ayah terus dukung anaknya yang jatuh smbil lap air mata anaknya dengan berkata "dah2x, siket je 2, nanti ayah sapu ubat ye".  Terdetik perasaan cemburu dalam hati aku, mungkin kerana aku x rasa kasih seorang bapa.





Teringat aku satu peristiwa  yang berlaku ketika ambil keputusan upsr, aku hanya dapa 4a 1b je, tanpa kata2x pujian ayah aku hyamburkan kata2x yang agak menguris hati, lebih kurang macam nie la "huh setakat 4a x yah la nak berangan nak masuk sekolah tingi2x" aku masuk bilik aku dan menyendiri sebab kena marah macm 2 je dengan ayah, mula dari situ aku tekad nak jauh dari keluarga,. Tawaran  sekolah menengah banyak menjengah ke dalam peti pos umah aku, tanpa berfikir panjang aku teros pilih sekolah paling jauh dari rumah,  sejak 2, aku mula hidup dengan dunia sendiri,



Lepas puas mengelamun,aku balik umah dengan hati yang agak terubat, malam tu, aku tertidur awal sebab kepenatan, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar dan pergi ke dapur untuk menghilangkan dahaga,sedang aku melalui bilik ayah ku, aku ternampak cahaya samar2x,  rupanya ayah aku sedang solat, kemudian aku terdengar doanya yang membuatkan persepsi aku terhadap seorang bapa berubah sepenuhnya, antara doanya yang membuatkan aku sebak "ya allah, kau kurniakan aku anak yang cukup membangakan aku, anak yang sering membuatku rasa tenang , ya allah, aku mengadu padamu, aku rengang dengan anakku, mungkin salahku sebab jarang ambil tahu pasalnya, mungkin salahku sebab terlalu mencari rezeki buatnya, mungkin aku lupa belaian seorang bapa yang layak buatnya, aku mengaku, aku besarknnya dengan penuh kekasaran dan kekerasan kerna aku aku sedar, aku hanya seorang bapa yang daif, ya allah, kau ampunilah dosaku, kau ampunilah dosa anakku, kau berikannya ruang dalam rahmatmu, kau kurniakannya rezeki yang halal, kau berikan kudratku supaya aku mampu suapkan dengan rezeki yang halal, ya allah, aku memohon padamu". air mata aku bergenang memikirkan betapa buruk sangkanya aku pada bapaku.



Keesokan harinya,aku solat subuh berjemaah dengan ayahku, selesai solat aku salam dan cium pipi ayahku, ayahku tersentak kerana mungkin tu pertama kalinya aku kucup pipinya sejak aku ke asrama,dan air matanya bergenang, hati aku sayu bila ayahku lafazkan "ayah minta maaf", baru aku sedar, di sebalik semua kekasaran ayahku ada segumpal hati yang lembut laksana kapas.



mungkin kisah nie tiada kaitan dengan korang semua, tapi sedar atau x, sebenarnya ayah kita lebih sayangkan anaknya lebih dari hartanya sebab harta yang dikejar untuk memastikan anaknya senang, Percayalah, hampir semua ayah sembunyikan kasihnya, tapi selepas dia pukul kita, dia yang sapau ubat , lepas dia marah kita, dia yang selimutkan pada malamnya, Itulah hati seorang bapa, Semoga memberi manfaat








No comments:

Post a Comment