Monday 6 August 2012

AYAH?





Bismillahirahmanirahim,  satu hari, aku bersiar2x kat taman permainan sebab tension dengan ayah aku yang tak paham apa aku nak  , aku dengan ayah aku memang x ngam sangat, ye la,  aku hidup kat asrama dah dekat 6 tahun, jarang sanagt sembang dengan ayah aku, pastu ayah aku pulak sibuk je memanjang maklumlah ketua keluarga. So aku hidup dengan dunia sendiri, kalau aku nak makan, aku masak sendiri , kalau aku nak apa2x, aku cari duit sendiri, kalau aku ada problem, aku setel sendiri dan kalau aku nak luah apa2x, aku cari kawan dari parent aku.




Sedang aku mengelamun kat taman 2, tibe2x ada peristiwa yang cukup menyentuh hati aku, seorang ayah berlari mengangkat anaknya yang jatuh dari gelongsor, aku terpana, tengok wajah cemas bapa tersebut. Dengan muka risau dia tepuk baju yang kotor sebab habuk, sedar x sedar, hati aku tersentuh sangat tengok peristiwa 2, seorang ayah yang sangat mengambil berat tentang anaknya, hati ku berdetik, kenapa la ayah aku x macam nie?? kemudian si ayah terus dukung anaknya yang jatuh smbil lap air mata anaknya dengan berkata "dah2x, siket je 2, nanti ayah sapu ubat ye".  Terdetik perasaan cemburu dalam hati aku, mungkin kerana aku x rasa kasih seorang bapa.





Teringat aku satu peristiwa  yang berlaku ketika ambil keputusan upsr, aku hanya dapa 4a 1b je, tanpa kata2x pujian ayah aku hyamburkan kata2x yang agak menguris hati, lebih kurang macam nie la "huh setakat 4a x yah la nak berangan nak masuk sekolah tingi2x" aku masuk bilik aku dan menyendiri sebab kena marah macm 2 je dengan ayah, mula dari situ aku tekad nak jauh dari keluarga,. Tawaran  sekolah menengah banyak menjengah ke dalam peti pos umah aku, tanpa berfikir panjang aku teros pilih sekolah paling jauh dari rumah,  sejak 2, aku mula hidup dengan dunia sendiri,



Lepas puas mengelamun,aku balik umah dengan hati yang agak terubat, malam tu, aku tertidur awal sebab kepenatan, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar dan pergi ke dapur untuk menghilangkan dahaga,sedang aku melalui bilik ayah ku, aku ternampak cahaya samar2x,  rupanya ayah aku sedang solat, kemudian aku terdengar doanya yang membuatkan persepsi aku terhadap seorang bapa berubah sepenuhnya, antara doanya yang membuatkan aku sebak "ya allah, kau kurniakan aku anak yang cukup membangakan aku, anak yang sering membuatku rasa tenang , ya allah, aku mengadu padamu, aku rengang dengan anakku, mungkin salahku sebab jarang ambil tahu pasalnya, mungkin salahku sebab terlalu mencari rezeki buatnya, mungkin aku lupa belaian seorang bapa yang layak buatnya, aku mengaku, aku besarknnya dengan penuh kekasaran dan kekerasan kerna aku aku sedar, aku hanya seorang bapa yang daif, ya allah, kau ampunilah dosaku, kau ampunilah dosa anakku, kau berikannya ruang dalam rahmatmu, kau kurniakannya rezeki yang halal, kau berikan kudratku supaya aku mampu suapkan dengan rezeki yang halal, ya allah, aku memohon padamu". air mata aku bergenang memikirkan betapa buruk sangkanya aku pada bapaku.



Keesokan harinya,aku solat subuh berjemaah dengan ayahku, selesai solat aku salam dan cium pipi ayahku, ayahku tersentak kerana mungkin tu pertama kalinya aku kucup pipinya sejak aku ke asrama,dan air matanya bergenang, hati aku sayu bila ayahku lafazkan "ayah minta maaf", baru aku sedar, di sebalik semua kekasaran ayahku ada segumpal hati yang lembut laksana kapas.



mungkin kisah nie tiada kaitan dengan korang semua, tapi sedar atau x, sebenarnya ayah kita lebih sayangkan anaknya lebih dari hartanya sebab harta yang dikejar untuk memastikan anaknya senang, Percayalah, hampir semua ayah sembunyikan kasihnya, tapi selepas dia pukul kita, dia yang sapau ubat , lepas dia marah kita, dia yang selimutkan pada malamnya, Itulah hati seorang bapa, Semoga memberi manfaat








Monday 7 May 2012

SAYANG OH SAYANG








Bismillah, hari ni aku melayari laman sesawang facebook, bermacam2x perkara yang ak saksikan, tiba2x aku terbaca satu post yang berbunyi "aku sayang mr n samapai bila2x, biar la orang nak cakap apa pun, biar la aku hilang parent pon, aku rela untuk bersama n slamanya", aku tergelak kecil apabila terbaca post tersebut, bagiku nie cuma untuk raih perhatian orang,





aku terus melayari laman fb dengan agak khusyuk, aku tergamam melihat satu foto dan komen "a&z" new hot kapel, gambar mereka berpelukan di atas motosikal, ,,,, hati ku sayu, diruntun perasaan kasihan dan simpati pada ibu bapa si A & Z,  saat tu, aku terfikir, sejauh mana perjalanan kisah cinta mereka, bayangkan sahaja gambar berpelukan antara bukan mahram boleh di publish di fb, tu yang umum, kalau dah umum macam 2, rasanya yang x umum mesti lebih lagi, tanpa memikirkan rasa malu mereka pada orng yang membaca dan melihat gmbar mereka.






 Aku sanagat hairan dan takot unttuk menghadapi kenyataan yang remaja sekarang lebih mementingkan cinta dan kekasih mereka tanpa memikirkan betapa penatnya seorang ibu dan bapa dalam membesarkan mereka. Aku terfikir, seorang ibu yang semakin meningkat usiannya tidak dipentingkan oleh anaknya, apa persaan nya? adakah si ibu rela dirinya terabai kerana seorang yang x pernah memmberi apa2x pada anaknya? bayangkan bagaimana seorang ibu, dengan air mata dan darah melahirkan anak yang dikandung,







dijaga selama 9 bulan , tanpa mengharap blasan, si ibu menyusukan anaknya degan harapan agar anaknya jadi insan berguna, bayang kan, apabila si anak sakit, akan dibelai, di usap dan dijaga dengan penuh perhatian,






 namun apabila naknya semakin dewasa, langsung tidak memikirkan maruahnya dan maruah keluarganya, baginya hanya kekasihnya yang penting, percaya atau tidak sebenarnya seorang ibu akan mengalirkan air mata di larut malam memikirkan anaknya, mengenangkan siapa dirinya pada anaknya, namun sayangg si anak, x pernah menghargai jasa ibunya, bayangkan diri anada, menjaga seseorang dengan penuh pengorbanan, namun bila dah besar, ia abaikan anada, apa perasaan anda? begitulah seorang ibu, terguris, namun masih tersenyum .








 Semakin lama seseorang itu bercinta, semakin rengan ia dengan ibunya, percayalah kasih sayang seorang ibu x mampu ditandingi, kadang2x, kita perlu tanya ibu kita, 'mak...suka ke sy kapel?'  dalam mengejar usia, si ibu sangat mengharapkan anaknya memberi perhatian padanya,







sedar atau tidak? kita sebenarnya jauh dari ibu kita, prnah terbayng x... saat allah ambil nyawa ibu kita, kita x akan mampu menatapnya lagi, x akan mampu memeluknya lagi, saat tu, tuada lagi insan yang akan usap pipi kita, kesat air mata kita, menangis sebab kita, saat 2, kita x akan dapat ras nikmatnya ada seorang ibu, tanya pada diri kita, adakah kita mampu menghadapi saat kematian ibu kita? saat kita kehilangan kasih sayang, belaian, pelukan ibu kita?







 Hadis dari sahih bukhari dan musliim, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. mari berfikir sejenak, siapakah yang bertakhta di dalam hati kita? ibu atau teman? fikirkan









mungkin kita x sedar dosa kita, mari kita mohon ampun pada ibu kita kerna dia adalah orang pertama dalam hidup kita =]











Saturday 3 March 2012

SIAPA ROLL- MODELKU?????




Saban hari, aku melihat ke dalm televisyen, para artis , pelawak, pengacara dan sebagainya sibuk untuk memartabatkan diri mereka di mata anak remaja, aku terfikir, kenapa sebenarnya mereka  inginkan nama dan populariti? aku semakin dewasa dan mulai mengerti, mengapa populariti dan nama ini menjadi igauan semua, aku mengalaminya sendiri macam mane menjadi perhatian semua orang, setiap perlakuan dan percakapan akan dinilai ,dan diberi penghargaan sendiri oleh manusia2x tertentu.





satu hari, temanku bercerita tentang idolanya iaitu dr. mahathir mohamad, beliau obses dengan mantan perdana menteri ke-4 atas pembangunan dan kemajuan yang dikecapinya. aku terpana kerana aku mempunyai persepsi berbeza tentang mantan perdana menteri tersebut.




hari berikutnya, teman aku yang bukan didikan agama berbual tentang pelakon yang semakin hangat diperkatakan sebab lakonanya iaitu aoran aziz. macam-macam dia ceritakan , dari aspek mutu lakonan sehingga pada fizikal beliau yang sedap mata memandang. sedar atau tidak, hati kecilku berdetik, kenapa pelakon dan pm menjadi idola, ? kenapa?






aku sendiri mempunyai tokoh sendiri, seperti zaman kanak2x ku, "mak , nanti bila along besar along nak jadi power rangers warna merah, dia kuat, boleh lawan raksaksa yang jahat tu" aku tersenyum sendirian mengenagkan zaman ku dahulu, yelah, insan seperti aku yang kurang pendendahan agam sering terpengaruh pada karakter karton yang ditayangkan pada televisyen.




namun secara realitinya, aku masih ragu2x, kenapa ustaz dan semua cikgu aku suruh menjadikan nabi muhammad sebagai idola atau model? siapa mereka nak suruh aku jadikan insan yang x pernah aku lihat wajahnya untuk dijadikan idola? kenapa aku x boleh jadikan orang lain macam wayne rooney atau neymar pemain bola sepak sebagai idola? kenapa aku x boleh jadikan penyanyi seperti miss nina, lady gaga atau edele sebagai idola?



aku terdengar adik ku bercerita tentang penyayi muda yang semakin meningkat , najwa latif, najwa latif menjadikan yuna sebagai idola dalam mengapai dunia populariti, aku termenung, najwa latif boleh berjaya dengan jadikan orang mcm dia sebagai idola. tapi, aku? kenapa aku mesti jadikan nabi muhamad sebagai idola? kenapa? aku x pernah tengok muka baginda, aku xpernah dengar suara baginda, aku x pernah kenal jumpa baginda pon, lagipon nabi muhamad duduk zaman mane? bukan zaman moden nie, mane sesuai nak jadikan idola, lagipon orang cakap x releven jadikan orang dulu sebagai idola, ye la, zaman dulu ganas, x de tamadun, bunuh orang selamba jep, sedikit luahan hati temanku yang  x berpuas hati bila aku bercerita tentang idola ku, ku termenung lagi, berfikir dan berfikir, betul jugak pe yang teman aku katakan.




Nabi muhamad bukan pandai main bola macam van persie atau tevev pon, nabi muhamad buakn pernah keluar tv macam aoron aziz pon, nabi muhamad bukan pandai main squah atau badminton pon, kenapa aku mesti jadikan dia model atau ikutan aku?



aku bertanya ustazku, dengan tersenyum beliau menjawab," nanti bila anak besar, anak nak jadi apa? "
dengan banga aku menjawab"nak jadi peguam ustaz, peguam banyak duit, boleh beli rumah besar , kereta banyak, boleh buat macam2x" tergelak kecil ustazku apabila mendengar jawpanku yang materialistik. lalu beliau menjawb dengan senyuman" ankku, pernah dengar pasal syurga dan neraka kan? cuba anakku menungkan sendiri, adakah dengan jadikan artis atau ahli politik boleh menolong anak dari neraka? ya, ustaz akui, nabi x pandai dalam dunia hiburan dan lalai macam zaman sekarang. anak pernah dengar? artis dan palakon jumpa kebenaran dan ketenagan dalam islam?




 Cuba lihat sendiri, bob lokman, amy search, mereka antara orang yang mengakui nabi sebagai idola mereka, mereka cukup kaya, banyak kelebihan dan populariti, kenap mereka nak jadikan nabi sebagai idola? sebab, nabi nie jauh lebih terkenal dari semua orang, percaya atau x, sebuah buku yang bercerita tentang tokoh pemikir dunia mengiktiraf nabi adalah orang paling berpengaruh dan layak dijadikan idola. kenapa? ini kerana sikapnya dan ajaranya berjay menyelesaikan semua ,masalah sosial dalam kehidupan manusia, dari orang yang bunuh anak, yang memandang rendah pad darjat wanita kepada orang yang elok pelertinya, lihat sendiri yusuf islam dan michel jackson, berubah 100% ke arah orang yang baik,.




























Siapa cakap nabi kuno? percaya lah, semua amalan nabi seperti bersolat dan berkhatan diiktiraf dunia sebagai rawatan terbaik dalam dunia, puasa dan bersugi, diet dan penjagann kebersihan yang diamalkan di seluruh dunia, ankku, dunia sedang kejar nabi, kenapa anak mahu lari darinya?






aku tersentak dan terus berfikir, akhirnya aku redha.Muhammad bin Abdullah sebagai modelku, dan cuba menjadi sepertinya,anda?

Saturday 18 February 2012

Siapa tuhanku????





Bismillahirahmanirahim, siapa tuhanku? baiklah, dalam melayari kehidupan seharian, aku terfikir, siapa sebenarnya aku, kenapa aku diciptakan dan betulkah wujudnya tuhan? kenapa aku kena sembah tuhan? kenapa aku mesti percaya adanya tuhan? 

persoalan ini bermain dalam mindaku sejak aku berada di bangku sekolah rendah lagi, saban hari aku bermenung dan berfikir. Aku masuk ke sekolah agama semata2x unyuk kenal siapa tuhanku, dan kenapa aku kena percaya dan buat semua suruhannya?




aku sering mengajukan soalan ini pada temanku, dan semua mengatakan aku  sesat  keran mempersoalkan hakikat tuhan sebenarnya.  aku bukan berniat sebegitu, namun aku cuma mahu melepaskan kekeliruan pada akalku yang banyak batasanya. aku sering bermenung melihat keindahan ciptaanya sambil berfikir, wujudkah tuhan? aku sering membuang jauh perasaan ingin tahu akan rupa tuhan kerana teringat akan sebuah hadis {dan berfikirlah tentang ciptaanya dan jangan berfikir pada zatnya} aku mempersoalkan satu isu yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia sebenarnya.






cuba nilai diri kita sendiri, sejauh mana kita yakin kewujudan allah taala, dan sejauh mane kita yakin dia adalah raja bagi segala ciptaanya,? percayalah umat hari ini sangat sedikit yang benar2x yakin akan kewujudannya. Kebanyakan manusia hari ini hanya beragama tanpa menyedari kenapa dia beragama. Jkalau semua manusia yakin akan tuhannya , semestinya tiada satu pun gejala sosial akan berlaku, oleh itu, jangan sesekali kita menghina atau menghukum golongan yang ingin tahu tentang hakikat tuhanya, kerana golongan ini akan menghayati agama mereka lebih jauh berbanding kita yang hanya islam atas nama.





saudaraku sekalian, cuba tanya dan nilai sendiri diri anda, sejauh mana anda mengkaji akan hakikat ketuhanan? sejauh mana yakin tuhan itu maha pemberi segalanya,? sejauh mana?  nabi Muhamad berdakwah 13 tahun untuk memperbetulkan akidah umatnya, namun fenomena di malaysia hari ini cukup berbeza apabila kita lebih mengutamakan syariah dari akidah, akibatnya, gejala sosial semakin berleluasa, kerana mereka tidak yakin akan wujudnya tuhan,




 




wahai saudaraku, siapa tuhan kita sebenarnya? dan kenapa kita perlu sembahnya? baiklah , kajian yang dijalankan oleh saintis ,mendapati ada satu urat yang terletak berhampiran dengan otak manusia, urat tersebut merupakan urat yang sangat unik dan para saintis bingung memikirkan apa sebenarnya fungsi urat tersebut, seorang profeser telah menamakanya sebagai god spot. urat ini merupakan asas kepada fitrah manusia. Urat tersebut mengalirkan impulse ke dalam otak bagi melahirkan rasa bertuhan pada manusia.










kajian ini menyebabkan soalan bertuhan adalah fitrah manusia terjawab. kenapa?  dengan adanya urat tersebut, ia menghasilkan hormon pada manusia bagi mengakui bahawa wujudnya tuhan, selain itu, urat tersebut membantu dalam mengenal siapa sebenarnya tuhan. Oleh itu, golongan atheis adalah golongan yang menolak fitrah nya.





baiklah, sekarang persoalanya, siapa tuhan kita? kenapa manusia banyak sangat agama? adakah nabi2x menyampaikan agama yang lain?

nabi2x menyampaikan agama yang satu iaitu agama menyembah allah cuma nabi atau rasul diturunkan pada zaman tersebut untuk umat tersebut. Semua nabi menyeru agar manusia menyembah allah cuma cara berbeza. Nabi musa dengan kaumnya yang takssub pada sihir, oleh itu allah memberi mukjizat pada nabi musa supaya tongkatnya boleh bertukar menjadi ular. Zaman nabi isa pula terkenal dengan ilmu kedoktorannya, oleh itu, allah memberi mukjizat menghidupkan orang mengunakan lidah sapi. manakala zaman nabi muhamad adalah zaman orang mengagungkan syair dan kalam2x indah, bukan pada zamanya sahaja, namun zaman globalisasi ini juga kerana kita umat muhamad,lihat sendiri, kita mengagungkan penyanyi seperti justin biebir, salena gomez, dev, tailo cruiz dan sebagainya. lalu allah menghadiahkan mukjizat al-quaran yang terlalu indah kalamnya buat manusia untuk mengatsi semua lagu2x dan syair2x manusia,







manusia mempunyai banyak sangat agama kerana kepentingan mereka sendiri. mereka selewengakn kitab2x nabi mereka untuk kepuasan nafsu sendiri. maka wujudlah bermacam2x agama,








siapa tuhan kita?  nasa telah menjumpai satu penemuan terbesar dalam sejarah hidup manusia iaitu galaksi semakin berkembang dan x jumud atau beku dalam keadaan asal. tahu maksudnya? ini bermakna jikalau di undur masa, ia akan semakin mengecil, mengecil dan mengecil sehingga menjadi satu titik, jadi siapa yang menciptakan titik tersebut?  sudah pastinya tuhan tersebut berada diluar titik tersebut dan berada diluar ruang masa. cuba anda renungkan, siapakah tuhan yang berada di luar ruang masa? iaitu tuhan yang menciptakan titik tersebut? mari kita nilai 1 demi 1,,












 


















  Jesus(kristian)- dilahirkan dan berada dalam zaman bani israil


budha-dicipta oleh manusia dan berada dalam kuil pada hari ini


silva(hindu)-dikatakan berperang dengan manusia yang jahat, jadi wujud dalam ruang masa




nilai sendiri. siapa tuhan kita sebenarnya, tuhan tersebut mesti tidak dipengaruhi oleh masa untuk mencipta titik tersebut,










































saya dah jumpa jawapanya... anda bagaimana?




 

Friday 17 February 2012

islam dihina...di mana penganutnya...?????





segala puji bagi allah,tuhan yang menciptakan segalanya... bismillah... suatu hari...aku terlihat satu corotan internet yang memaparkan penghinaan terhadap islam...aku terpana melihat gambar2x...dan tuduhan yang dilemparkan pada agama yang suci ini...aku terfikikir...penganut agama nie...lebih kurang 1 milion  diseluruh dunia..kenapa masih berdiam diri..mungkin..bagi mereka..tiada apa yang berlaku....mungkin ia hanya mainan bagi sesetengah orang...mempersendakan nabi muhamad dan agama cuma gurauan....sedar atau tidak....sebenarnya...isu islam dihina ...isu yang sangat  besar.....isu yang wajib diambil peduli oleh semua umat islam..







wahai umat manusia..bangkitlah...sukakah kalian melihat nabi mu dihina laksana binatang?....kitabmu dihina laksna tiada nilainya....tuhanmu...dihina laksana sampah tidak berguna...masih mampu kalian tersenyum melihat agamamu dihina sebegini rupa...sedarlah...siapa diri kalian...kenapa kalian dipilih untuk agama ini...dan kenapa kalian perlu mempertahankanya.....wahai para umat akhir zaman...jangan dibiar islam dihina sebegini...tidak malukah kalian pada tuhanmu yang x putus2x memberi nikmat....x malukah kalian pada air mata seorang nabi yang x pernah putus asa mendoakan umatnya.....




























x perlu kita memandang jauh...cukup shaja di malaysia...banyak sangat penghinaan terhadap hukum allah...aku bukan berbicara atas dasar politik..namun...kerana kecacatan ini lah yang menyebabbkan islam dihina sebegitu mudah...hukum allah boleh dipinda kerana mereka rasa mereka lebih berkuasa dari tuhannya...sedar atau tidak....dengan kelemahan inilah....islam jatuh...islam diangap sampah...

































saudaraku sekalian....banyak sangat yang telah musuh islam lakukan...namun...tiada respon dari penganutnya...saban hari terus berlalu....namum...penganutnya masih berdiam diri.....

ramai berkata ...aku bukan sesiapa...nak halang...salah tu!!!!!!...kita adalah  umat islam...kita ada tuhan paling berkuasa berbanding dengan agama lain yang sesat...kita ada kitab yang palin benar atas dunia...kita ada tokoh paling disegani dalam dunia...kenapa kita mesti malu? kenapa kita mesti terus berharap tanpa lakukan sesuatu? kita mesti   amalkan apa yang disuruh oleh rabb....antaranya...

  1. amalkan semua perintah allah yang fardhu ain...seperti solat,puasa ,zakat
  2. amalkan sunah nabi yang termampu...seperti memberi salam...senyum
  3. sentiasa berusaha menasihati anak2x atau adik2x...atau kenalan tentang islam
  4. sedaya upaya....tunjukkan akhlak yang elok depan semua orang seperti manusia yang  tenang hatinya
  5. berdoa pada allah...agar siapa yang menghina dapat hidayahnya...


saya menyeru diri saya dan semua orang ...agar melihat sendiri dalam realiti...dan bangkit dalam menegakkan syiar islam...jika kita x bermula...siapa lagi?...fikirkan dan selamat beramal....